Terma & Syarat
- Home
- Terms & Conditions
Terma & Syarat Pakej Percutian Persendirian
MAKLUMAN
NH Travel Sabah sepenuhnya dimiliki oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada 16 Disember 2015 dan merupakan agensi pelancongan berlesen yang berdaftar dibawah undang-undang Malaysia (No. Lesen : KPK/LN:8685). Manakala, Ria Travellia merupakan anak syarikat kepada N Helzy Rent A Car & Travel Sdn. Bhd.
Dengan membeli mana-mana pakej NH Travel secara luar talian dan dalam talian. Pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat berikut.
Dalam Terma & Syarat ini, NH Travel dirujuk sebagai “NH Travel” dan anda sebagai “PELANGGAN”.
TEMPAHAN
- Nama dan nombor kad pengenalan setiap peserta diperlukan semasa membuat tempahan.
- Wang Pendahuluan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan.
- Potongan harga sebanyak 20% daripada harga dewasa bagi kanak-kanak yang berumur 2-11 tahun.
- Baki pakej percutian halfboard. Caj yang dikenakan oleh Bayi berumur 23 bulan dan ke bawah sebanyak RM 250 seorang.
BAYARAN
- “No Deposit, No Booking” – tiada sebarang tempahan di buat selagi pembayaran wang pendahuluan belum diterima.
- Wang pendahuluan hendaklah dibayar selepas menerima invois dan mengikut tarikh yang telah ditetapkan didalam invois.
- Baki bayaran boleh dibayar secara ansuran dan perlu diselesaikan bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh perlepasan.
- Contoh bayaran secara ansuran boleh rujuk jadual pembayaran di bawah.
Contoh Pembayaran Secara Ansuran: Tarikh Perlepasan 25 Oct 2024
Tarikh | Keterangan | Amaun | Baki |
---|---|---|---|
19 Jun 2024 | Cth jumlah bayaran pakej yang diambil | RM 3,398.00 | |
19 Jun 2024 | Wang pendahuluan (25%) | RM 849.50 | RM 3,398.00 – RM 849.50 = RM 2,548.50 |
Formula: JUMLAH KESELURUHAN – WANG PENDAHULUAN = BAKI BULAN | |||
Berbaki 3 bulan lagi sebelum tarikh perlepasan | |||
19 Julai 2024 | Bayaran kedua | RM 849.50 | RM 1,699.00 |
19 Ogos 2024 | Bayaran ketiga | RM 849.50 | RM 849.50 |
10 Sept 2024 | Bayaran keempat | RM 849.50 | RM 0.00 |
- NH Travel akan menyertai karnival pelancongan seperti Matta Fair, Jom Cuti-Cuti Malaysia dan karnival-karnival lain yang di anjurkan oleh pihak yang berkewajiban.
- Wang Pendahuluan
PRODUK/SERVIS | HARGA PRODUK/SERVIS | WANG PENDAHULUAN (SEHARI/SEORANG) | PEMULANGAN | BAKI BAYARAN |
---|---|---|---|---|
Kereta Sewa (Pandu Diri) | RM 100-150 Sehari | RM 100-150 Sehari | TIADA | Bayar semasa ketibaan |
RM 200-350 Sehari | RM 200-350 Sehari | |||
RM 500-550 Sehari | RM 500-550 Sehari | |||
RM 700 Sehari | RM 700 Sehari | |||
Semua Produk | Semua Produk | 25% daripada jumlah | Penjadualan bayaran | |
Tiket Penerbangan | Jumlah Penuh | Jumlah Penuh |
PEMBATALAN PAKEJ PERCUTIAN
- Caj pentadbiran adalah 50% daripada wang pendahuluan.
- Jika bayaran tidak dijelaskan seperti yang telah dijadualkan, pihak NH Travel berhak mutlak untuk membatalkan tempahan dan bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
- NH Travel berhak untuk membatalkan perjalanan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan kerajaan yang di luar kawalan NH Travel.
- Pembatalan pakej pelancongan akan terjadi sekiranya beberapa keadaan seperti kegagalan untuk membuat bayaran penuh pada tarikh yang ditetapkan oleh NH Travel atau pembatalan dari pelanggan sendiri.
- Notis pembatalan pakej pelancongan daripada pelanggan mestilah dibuat dengan penulisan secara rasmi ataupun emel untuk mengelakkan salah faham antara pihak pelanggan dan pihak NH Travel. Pengiraan caj penalti adalah berdasarkan tarikh notis yang diterima oleh pihak NH Travel.
- Jika pembatalan dibuat selepas 60 hari atau lebih, deposit akan dipulangkan semula dan caj pengurusan akan dikenakan.
- Semua pembayaran deposit dan bayaran penuh adalah tidak boleh dipulangkan sama sekali selepas tempoh pembatalan tamat. Pengecualian hanya diberikan untuk sebab-sebab berikut: Kematian, Kemasukan ke wad hospital, Sebab-sebab perubatan dengan lampiran daripada hospital.
TIKET PENERBANGAN
- Jadual dan masa penerbangan adalah di luar bidang kawalan NH Travel dan tiada dalam persetujuan. Semua jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan dan pembatalan daripada syarikat penerbangan atau badan pengawal selia negara. NH Travel akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk menguruskan perjalanan dan penerbangan bagi membolehkan pelanggan meneruskan percutian.
- NH Travel tidak akan bertanggungjawab terhadap pembatalan atau caj tambahan daripada perubahan dan pembatalan daripada syarikat penerbangan.
TANGGUNGJAWAB PELANGGAN
- Passport
- Pelanggan bertanggungjawab memastikan passport antarabangsa yang diperbaharui sah sekurang-kurangnya tempoh minimum sah 7 bulan daripada tarikh berlepas dan dokumen perjalanan yang berkaitan.
- Muka depan passport mestilah diemailkan atau fax kepada khidmat pelanggan NH Travel atau wakil jualan untuk tujuan memastikan ketepatan maklumat apabila membuat tempahan tiket penerbangan, pengeluaran tiket, dan dokumen perjalanan lain yang berkaitan.
- Pelanggan juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka bebas daripada senarai hitam daripada badan pengawalselia seperti PTPN, bank, Pejabat Insolvensi, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau badan pengawalselia yang berkaitan yang mungkin akan menghalang pelanggan untuk meneruskan percutian. NH Travel tidak akan bertanggungjawab untuk pemulangan wang, perubahan atau penangguhan perjalanan jika masalah ini terjadi.
- Kad Pengenalan diri
- Pelanggan bertanggungjawap untuk memastikan dokumen asal kad pengenalan diri dibawa bersama.
- Bagi kanak-kanak sila bawa dokumen asal MYkid atau sijil kelahiran.
- Anak bukan kandung: Penjaga wajib bawa surat kebenaran daripada Orang tua kandung mereka ataupun surat daripada pihak kebajikan.
- Insurans Perjalanan
- NH Travel menasihatkan dan menggalakkan setiap pelanggan untuk membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri sendiri sepanjang percutian.
TANGGUNGJAWAB NH TRAVEL
- NH Travel atau agen yang berkaitan hanya bertindak sebagai agen syarikat pengangkutan, hotel, dan syarikat lain yang berkaitan. Tiket, voucher dan dokumen perjalanan dikeluarkan tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sesebuah syarikat.
- Pelanggan yang menyertai dalam mana-mana perjalanan mestilah menyedari bahawa risiko adalah dibawah tanggungjawab pelanggan sendiri. NH Travel dan pihak yang berkaitan tidak akan bertanggungjawab jika masalah seperti dibawah terjadi:
- Ketidaktepatan, salah faham atau perubahan kepada perjalanan dan jadual perjalanannya.
- Perbelanjaan kepada penangguhan atau perubahan pada perkhidmatan pengangkutan, masalah kesihatan, cuaca, mogok, peperangan, kuarantin dan sebab-sebab yang lain yang berada di luar kawalan pihak NH Travel.
- Sebarang kerosakan, kehilangan beg atau barangan peribadi atau kemalangan. Ia adalah tanggungjawab pelanggan itu sendiri bagi tujuan menuntut insurans yang berkaitan dengannya.
- Halangan kemasukan atau pengusiran pelanggan oleh pihak imigresen kerana memiliki barang yang tidak sah disisi undang-undang atau memiliki dokumen perjalanan yang tidak sah atau sebarang masalah yang timbul adalah di anggap sebagai polisi atau tindakan pihak tempatan atau tindakan kerajaan luar.
- Kesukaran atau tiada kerjasama daripada pelanggan yang bertindak dengan tingkah laku dengan sebab yang tidak munasabah serta merosakkan kebaikan, kelancaran perjalanan serta keselamatan akan ditangani oleh Pengurus NH Travel.
PINDAAN KEPADA JADUAL PERJALANAN/LAWATAN
- Maklumat dalam brosur/risalah adalah tepat berdasarkan pengetahuan terbaik dari pihak NH Travel akan berusaha untuk mengelakkan perubahan pada jadual perjalanan dan berhak untuk membuat perubahan pada bila-bila masa jika berlakunya keadaan yang tidak terkawal, terutamanya pada masa puncak.
- NH Travel tidak menjaminkan bahawa pekara / perkhidmatan atau kemudahan yang disebutkan sentiasa tersedia, terutamanya perkara / perkhidmatan atau kemudahan yang tidak dimiliki oleh NH Travel.
- Penggunaan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam setiap maklumat, Bahasa Inggeris akan diguna pakai jika terdapat kekeliruan maklumat.
- Pindaan pakej atau tarikh perlepasan daripada pelanggan.
SEBELUM HARI PERLEPASAN KETERANGAN Kurang daripada 30 hari Pertukaran/pindaan tidak boleh Lebih daripada 30 hari Tambahan RM 150 seorang + perbezaan harga pakej
PENGGUNAAN GAMBAR DAN VIDEO
Ketika pengembaraan, ahli NH Travel mungkin akan ambil atau menggunakan gambar ataupun video berkumpulan mahupun individu yang akan digunakan sebagai bahan pemasaran namun terhad kepada:
- Kegunaan laman web
- Booklet ataupun flyers
- Kegunaan Social Media
- Dan yang berkaitan dengan Jualan dan pemasaran NH Travel