...

NH Travel

Feel the Experience

Nikmati Keindahan
Kota Kinabalu & Kundasang

Info Kota Kinabalu & Kundasang

Kota Kinabalu

Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, terkenal dengan pantai yang cantik seperti Pantai Tanjung Aru, pemandangan matahari terbenam yang memukau, dan sebagai pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Ia juga menawarkan aktiviti menyelam di Taman Tunku Abdul Rahman dan pengalaman membeli-belah serta makanan tempatan yang pelbagai di pasar malam.

Kundasang

Kundasang terkenal dengan suasana sejuk dan pemandangan indah di kaki Gunung Kinabalu. Tarikan utamanya termasuk Poring Hot Spring untuk berendam air panas, Desa Dairy Farm yang memberikan pengalaman seperti di New Zealand, dan Kundasang War Memorial yang memperingati askar-askar Perang Dunia Kedua.

Tempat Menarik Kundasang

Gunung Kinabalu

Terkenal dengan suasana sejuknya dan ladang susu lembu yang menghasilkan produk tenusu berkualiti tinggi, menawarkan pengalaman menarik bagi pengunjung untuk melihat proses penternakan dan menikmati produk segar dari ladang itu sendiri.

Desa Dairy Farm

Terkenal dengan suasana sejuknya dan ladang susu lembu yang menghasilkan produk tenusu berkualiti tinggi, menawarkan pengalaman menarik bagi pengunjung untuk melihat proses penternakan dan menikmati produk segar dari ladang itu sendiri.

Pekan Nabalu

Terkenal dengan pasar tamunya yang menawarkan pelbagai cenderamata, hasil tangan tempatan,dan buah-buahan segar. Menyediakan pemandangan indah Gunung Kinabalu, menjadikannya tempat perhentian popular bagi pelancong untuk berehat dan mengambil gambar.

Poring Hot Spring

Menawarkan kolam air panas semulajadi untuk berendam, dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang subur. Tempat ini juga mempunyai jambatan gantung Canopy Walkway, taman rama-rama, dan air terjun, menjadikannya lokasi ideal untuk relaksasi dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Rabbit Farm

Menikmati pengalaman melihat dan Berinteraksi dengan pelbagai jenis Arnah, termasuk arnab holland lop Yang comel, sambil belajar tentang Pemeliharaan dan penternakan kelinci Secara langsung di suasana alam Semulajadi.

Luanti Fish Spa (Fish Massage)

Menawarkan pengalaman unik di Mana pengunjung dapat merendam
Kaki mereka dalam air sungai yang Jernih yang dipenuhi dengan ikan Garra Rufa yang terkenal dengan “Fish Spa” memberikan sensasi
Menyegarkan dan menghilangkan kulit Mati secara semulajadi.

Ladang Teh Sabah

Satu-satunya ladang teh organik di borneo Yang menawarkan pemandangan indah Ladang teh yang luas dan hijau.

Tempat Menarik Kundasang

Rumah Terbalik

  • Terletak di tamparuli mempunyai Daya tarikan yang unik dan kreatif
    Yang menampilkan sebuah rumah Tradisional kadazan-dusun yang Dibina terbalik.

  • Rumah terbalik ini juga bertujuan Untuk meningkatkan kesedaran
    Tentang pentingnya pemeliharaan Alam sekitar melalui mesej-mesej Yang disampaikan sepanjang Lawatan.

Menara Yayasan Sabah

  • Merupakan mercu tanda ikonik di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

  • Menara ini setinggi 30 tingkat
    (122 meter) dan merupakan
    salah satu bangunan tertinggi
    di bandar ini.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

  • Merupakan mercu tanda islam Yang terkenal yang terletak di Teluk likas, kota kinabalu.

  • Ia terkenal dengan senibina Yang menakjubkan, menggabungkan elemen- Elemen reka bentuk moden dan islam.

Mari-Mari Cultural Village

  • Merupakan tarikan budaya di Sabah, malaysia, yang Menawarkan pandangan ke Dalam pelbagai budaya etnik Borneo.

  • Terletak kira-kira 25 minit dari Kota kinabalu, kampung ini Mempamerkan gaya hidup Tradisional dan adat istiadat lima Puak asli: kadazan-dusun, Rungus, lundayeh, bajau, dan Murut.

Jambatan Tamparuli

  • Terletak di pekan Tamparuli di Sabah, adalah sebuah Jambatan Gantung ikonik yang menjadi Tarikan pelancong serta mercu Tanda penting bagi penduduk Setempat
  • Jambatan ini terkenal melalui Lagu rakyat sabah,”Jambatan Tamparuli,” dan menawarkan Pemandangan indah sungai dan Kawasan sekitar.

Monsopiad Heritage Village

  • Kampung warisan Monsopiad Di Penampang, Sabah, Memelihara dan mempamerkan Warisan Kadazan-Dusun.
  • Dinamakan sempena pahlawan Legenda Monsopiad, kampung Ini menampilkan rumah Tradisional, rumah tengkorak Yang memamerkan tengkorak Musuh Monsopiad, serta artifak Dan alat muzik tradisional.

Pulau Manukan

  • Pulau Manukan, terletak di Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah, adalah destinasi popular
    yang terkenal dengan pantai berpasir putih dan air jernih yang sesuai untuk aktiviti snorkeling
    dan menyelam.

  • Pulau ini menawarkan
    kemudahan seperti chalet, restoran, dan pusat sukan air, serta laluan pejalan kaki untuk
    menjelajahi hutan tropika.

Pulau Mamutik

  • Pulau Mamutik, juga terletak di Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah, adalah pulau Terkecil dalam taman laut Tersebut.
  • Pulau ini terkenal dengan Suasana yang tenang dan air Laut yang jernih, Menjadikannya tempat ideal Untuk snorkeling, menyelam, Dan bersantai di pantai.

White Water Rafting

  • Terletak di pedalaman Tenom, Sungai Padas terkenal dengan jeram kelas III dan IV, menjadikannya pilihan bagi mereka yang mencari cabaran lebih ekstrem.
  • Perjalanan menuju sungai ini termasuk menaiki kereta api melalui hutan hujan tropika, menambah pengalaman pengembaraan.

Pantai Tanjung Aru

  • Destinasi popular yang terkenal Dengan pemandangan Matahari terbenam yang Menakjubkan. Terletak hanya Beberapa kilometer dari pusat Bandar, pantai ini mempunyai Pasir putih yang halus dan air Laut yang jernih, Menjadikannya tempat yang Ideal untuk bersantai dan Berkelah

Aktiviti Pelanggan Kami

Pilihan Pakej

Pakej Ground Kundasang

Private Trip tanpa tiket penerbangan

Pakej Kundasang Termasuk Flight

Private Trip Termasuk Flight Ke Kota Kinabalu 4 Hari 3 Malam
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.